Friday, September 3, 2010

Pantun Seloka Raya 2010




Bulan Ramadhan Sentiasa Dikenang,
Penuh dugaan dan diberkati,
Hari Lebaran Bakal Menjelang,
Rai Bersama Sanak Famili.

Pertama raya sangatlah busy,
Kunjungan datang melimpah-limpah,
Duit raya belum get ready,
Kalau nak claim datanglah rumah.

Ke-dua raya nak pergi kedah,
Ziarah keluarga, sahabat dan pusara,
Time raya ingat yang susah,
Jangan asyik dok menghabiskan boraih saja.

Ke-tiga raya nak naik motor kriss,
Berjalan-jalan diatas bukit,
Kuih raya pelbagai jenis,
Andai tak habis, bagi la aku sikit.

Ke-empat raya kira wang,
Memang seronok kalau dapat beribu,
Ketupat, Lemang sudah terhidang,
Dodol tetap pujaan hatiku.

Ke-lima raya nak jumpa lady gaga,
Terlupa pula dia tu kafir ha! ha! ha!,
Nak sambut lebaran boleh sahaja,
Tapi biarlah semua berpada-pada.

Ke-enam raya mimpi si eddy,
Terbangun tidor, terus sarapan,
Raya kat sini meriah sekali,
Tapi ada yang sambut dalam peperangan.

Ke-tujuh raya dah makan kari,
Silalah makan, Jangan segan,
Pantun ni sekadar nak hiburkan hati,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

*Hak cipta terpelihara yer uolzzz..

Thursday, September 2, 2010

Kasihku Untuk Keluargaku



Anas Ali. Budak kecik ni anak mak uteh ak. Memang nakal giler. Melompat sana sini. Mendapat pendidikan awal di Tadika 'berapi' cili padi (Actually ak x bape ingat tadika ape ntah. Yang cili padi tu betul). Masa terluang dia suka main game.. Game! Game! Game! rancangan favourite Ultraman (Eww so lame!).


Nurqhalilah Batrisyia Rasselan Kasiman. Juga dikenali sebagai Qhalilah@Tisya. Anak sulung aunty ak.Mendapat pendidikan rendah di S.K.Gelugor, Pulau Pinang. Bercita2 untuk menjadi seorang akauntan. Kebolehan dalam bidang seni tari dan seni lakon. (Wah... dah macam ak jer..) Banyak buat show kat luar. Kumpulan diaorang ni sangat popular kat penang. Almaklumla satu2nya kumpulan kanak2 yang bergiat aktif. Pernah jadi anak ayam dalam teater belalang kenit.


Irfan Razique Rasselan Kasiman (Nama dah macam jawa). Juga dikenali sebagai mata guli. Adik ni anak aunty ak, adik kepada tisya. Dia makan apa saja yang dia rasa nak makan. Mendapat pendidikan awal di Kidsland. Pernah masuk pertandingan bercerita peringkat tadika, Tapi malangnya nasib tidak menyebelahinya. Bergiat aktif dalam industri teater kanak-kanak. Aunty ak memang pandai 'guna' kebolehan anak2 dia untuk dapat duit. Its 4 their own good.


Lokman Bukeri Ariffin. Juga dikenali sebagai Luke atau Luke Skywalker. Menatap di bella vista. Dilahirkan sewaktu pemerintahan Queen Amidala. Mempunyai daya imaginasi yang tinggi, Minuman kegemaran Coke n Milo. Makanan Kegemaran Ayam. Kekuatan fizikal belum diketahui. Bila cakap dengan orang sangat sopan n lemah lembut. Tapi bukan ratu ok! Ratu cuma sorang jer.. Uolzz


Lina Shazwani Shukri. Juga dikenali sebagai wani @ cibab. Anak yang ke-2 daripada 4 adik beradik (Adik ak) Kerjayanya adalah Jururawat. Kekasih hatinya adalah khairi atau dikenali sebagai ayie. Seorang yang sangat pandai masak 'sup' sambal tumis. Prihatin terhadap persekitaran. Mendapat pendidikan tinggi di Kolej Mahsa. Kalau bab fashion cakap saja, dia memang suka berfashion. Falsafah berumah tangga, "Tak der duit jangan harap nak pinang ak" Kriteria utama dalam pemilihan pasangan hidup mestilah bekerja bank!

Pesanan ak: Tengah hanggat bercinta! tak jemu ke hari2 jumpa? Bercinta biar berpada2 Cinta yang paling agung milik pencipta ok... 

 
Lina Diyana Shukri.Juga dikenali sebagai nana. Pic ni nampak macam very the mami jarum kan?? Ank yang ke-3 dari 4 adik beradik (adik ak gak). Mendapat pendidikan tinggi di UiTM trengganu dalam bidang culinary arts (Jurusan Species kuli menari2 kot). Pointer 3.50 keatas. Sudah berpunya. Kekasih hati bernama deddy irmawan yang berasal dari sabah (Naik Vios Uolzz). Pakar dalam bidang masakan. U name it U got it! dia sorang jer yang dilahirkan di Kedah. Sebab mama ak x sempat nak balik penang.


Iqmal hakeem Ismail. Juga dikenali sebagai Iqmal @ Akeem. Anak bongsu dari 4 adik-beradik (adik ak yang paling kecik n manja). Mendapat pendidikan awal di tadika perpaduan sungai lalang. Pakar dalam bahasa melayu. Antara ayat yang digunakan adalah : 1) mama ada benda menakutkan di dalam rumah.
2) mama, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rumah tangga.
3) ada haiwan dalam bahaya disana.
4) T.E.S.C.O (ayat ke??)
Semua ayat ni dia belajar dengan hanya menonton TV dan penggunaannyer tepat dengan suasana, situasi & keadaan. Merupakan penidur yang paling buas. Pernah sekali tu, waktu tidur dia tendang muka ak. Yang paling best, esok bila bangun pagi elok depan muka ak, buka mata jer punggung dia yang di baluti pampers yang dah full dengan pengisian terdampar kat muka ak. Perghhh bau dia memang mantap! 

Warning dari mama ak: Kalau tidur dengan iqmal jangan kasi dia tidur kat penjuru katil kalau tidak dia jatuh. Kalau rasa nak tidur nyenyak tidur kat bawah jer. kasi satu katil yang besar tu tempat untuk dia bergolek...

Wednesday, September 1, 2010

Kenangan Budak Civil UiTM Penang



Kadang2 bila duduk sendirian, ak teringat memori waktu diploma dulu. 1001 kenangan manis n pahit terpahat dalam fikiran ak. Kebanyakan kawan ak dah pun kerja, tapi ak masih lagi terus belajar. Ada antara diaorg dah jadi engineer pun. Ak pun happy & bangga dengan diaorg gak. Betapa cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik ak dah pun masuk tahun ke-2. 



Sekarang kat USM ak ada 3org classmate jer. Intan, Arja & Amy.Walaupun kami tak ramai, ak tetap happy dengan diaorg. Tapi tak suasana tak sama waktu ak belajar diploma dulu. Kalau gaduh ke, boleh join geng lain. Bila dah sikit macam ni, ak suka ke, tak suka ke, itu classmate ak. Mau tak mau, kat sini ak belajar give & take & lebih memahami orang & jangan nak harapkan selalu orang untuk faham kita.






Ak bukan nak merengek, cuma nak share pengalaman ak jer. Tak kisah la kalau korang ada classmate seramai satu batilion ketenteraan atau hanya sesuku dozen telur, kita jangan lari dari pendirian serta tujuan kita. Ak sentiasa ingat, Allah tu maha berkuasa. Dia melihat segala sesuatu, tetapi kita tetap melakukan kesilapan. Ak ni cuma insan biasa. Walau macam mana sekalipun kita, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang & Maha Pengampun.Anyway, Fudz nak minta maaf kat korang semua kalau sepanjang kita sama2 belajar, fudz ada buat korang terasa hati, tersentap, marah, menangis dan sebagainya. Fudz tak sengaja & minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ikhlas ...



Ak bersyukur dengan segala pemberian-Nya. Yang penting, pengalaman yang ak dah lalui sepanjang ak belajar kat UiTM memang tak boleh ak lupakan. Kawan housemate ak: Razif - Ejat - Lukman - Syed - Akmal- Hafiz - Hamaisu -Arm - Fuad - Zul - Teman study ak yang gila2 selaku bestfriend - Manja - ayu - Adibah -Teman makmal - Ruzaini-marina -suzie-faizol-Syuk-Ezane- Faizat -Elmi alip-Talib-Sally -Wan- n ramai lagi la... Ak rindu giler kat korang.


Sekarang Sinar baru ak - Arja - Intan - Amy, korang pun sahabat fudz yang fudz sayang sepanjang kita belajar kat USM. Ak harap kita takkan lost contact bila lepas study. Fudz SAYANG korang semua...